Wednesday, 11 April 2012

Kes Penderaan Seksual Kanak-kanak : Nurin Jazmin Jazlin



Pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin adalah pembunuhan kejam yang berlaku ke atas Nurin Jazlin Jazimin yang dijumpai oleh pemilik lot kedai di 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya. Pada mulanya beliau dilaporkan hilang selepas beliau pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri pada 20 Ogos 2007 lalu.

Beliau dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuklah NGO.

Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

Ramai individu menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh Nurin. Di antara individu-individu yang menawarkan ganjaran termasuklah Tan Sri Robert Pang, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sebanyak RM5000, MCA sebanyak RM10000 dan beberapa individu yang enggan dikenali menawarkan sebanyak RM5000

Menurut ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dari Utusan, terdapat beberapa kes yang serupa seperti kes Nurin. Antaranya adalah:

Ang May Hong (1987)
Nursyuhada Burak (2000)
Nurul Huda Abdul Ghani (2004)

Kes penculikan kanak-kanak terbaru ; Nurul Nadhirah.....'Dirang' mangsa dendam manusia durjana!!!



Pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya dibakar selepas dibunuh di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini Isnin lalu seolah-olah menjadi ‘kunci’ untuk ibunya mengingati beberapa kejadian yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu.

Roselyn Alan, 25, memberitahu, dia baru teringat salah seorang daripada tiga suspek yang pernah bertengkar dengan ibunya, Milnah Jul, 52, mengeluarkan ugutan selepas ditegur mengenai kegiatannya mencuri kabel elektrik.

Katanya, suspek giat mencuri kabel sejak mendiami rumah kosong yang terletak berhadapan dengan rumahnya di tingkat empat Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

“Saya pernah dengar suspek mengugut ibu berbunyi: ‘Siaplah engkau, ingat aku takut nak berperang’.

“Tak sangka pula mereka benar-benar maksudkannya dengan menculik dan membunuh Dirang (panggilan manja Nurul Nadirah),” rintih Roselyn yang masih bersedih.

Tambahnya, hatinya bertambah terkilan apabila Nurul Nadirah, 5, muncul dalam mimpinya malam semalam dan memberitahunya yang dia sudah okay sebelum memeluk dan menciumnya. Ketika itu Dirang muncul memakai seluar biru tanpa berbaju.

“Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi,” cerita Roselyn.

Tuesday, 10 April 2012

Kanak-kanak ada hak perlindungan, kehidupan


Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (PaMa) adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang bertujuan untuk memperjuangkan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan kanak-kanak dan remaja di Malaysia. Masih ingatkah kita dengan tragedi yang menimpa:

Nurin Jazmin Jazlin (8 tahun)


Sharlinie (5 tahun)

Nurul Nadhirah (Dirang)
yang dijumpai dibakar oleh penjenayah yang tidak berhati perut. Di sebalik kes kehilangan mereka, terdapat beberapa tragedi yang lain yang telah terpahat begitu pahit dalam dunia kanak-kanak Malaysia bertahun lamanya. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa kes kanak-kanak hilang pasti berlaku setiap tahun.
Mengikut statistik oleh pihak PDRM sehingga Oktober 2011, sebanyak 17,088 kes kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah dilaporkan hilang semenjak tahun 1985. Apabila laporan kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama, harapan kita semua adalah agar kes kehilangan kanak-kanak ini berakhir dengan berita gembira dengan penemuan semula kanak-kanak tersebut seperti yang terjadi di dalam kes Wan Hazim Mohd Khadir (7 tahun) baru-baru ini dan Yin (8 tahun) yang hilang pada 31 Mac 2007.

Namun tidak semua akan berakhir dengan berita gembira. oleh itu masyarakat harus lebih berwaspada bagi mengangani isu ini. Kita perlu sedar bahawa kanak-kanak perlu diberi perlindungan yang sewajarnya.

Friday, 30 March 2012

Selamat datang ke blog Dunia Kita Kini!

Hai semua! Selamat datang ke blog Dunia Kita Kini (DKK). Sebelum mengulas lanjut tentang isi kandungan blog ini yang bakal anda baca nanti, kami ingin menceritakan serba sedikit tentang kewujudan blog ini. Untuk pengetahuan semua, blog ini di tubuhkan oleh pelajar Universiti Malaysia Perlis iaitu Amirul, Nurshahadah dan Azliana. Blog ini sebagai melengkapi salah satu tugasan Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) kami. Isu yang bakal diketengahkan di dalam blog ini ialah isu penculikan kanak-kanak di Malaysia. Mari kita sama-sama berkongsi pandangan di sini.(^_^)