Tuesday, 8 May 2012

Tip-tip Keselematan Untuk Mengelakkan Penculikan

The National Center for Missing and Exploited Children ada buat tip-tip keselamatan untuk mengelakkan penculikan  di kalangan remaja dan anak-anak kecil

  • Kalau nak keluar rumah, perlu la ada teman dan rakan-rakan. Penting!! Jangan biarkan anak anda keluar bersendirian.
  • Kalau ada stranger atau orang tidak dikenali, sila lari dan tolak pelawaan apa-apa. Penting untuk Ibu Bapa supaya mengajar anak-anak mereka untuk jangan melayan orang yang tidak dikenali.
  • Selalu ajar anak untuk aware sekeliling mereka. Kalau mereka perasan ada orang follow dari belakang, sila lari dan pergi ke tempat ramai orang atau ke balai polis terus. Atau pun larikan diri ke rumah yang mereka kenal.
  • Untuk yang membawa kereta, jika ada yang follow kereta korang, turn around the car and pergi ke opposite direction. Tak pun, jangan sesekali berhenti dan membuka tingkap, pergi ke balai polis berhampiran.
  • Untuk anak-anak yang expect ibu bapa ambil di sekolah. Jangan sesekali ikut orang yang tidak dikenali. Duduk di kantin sekolah semasa mengunggu Ibu bapa
  • Kalau ada stranger cakap ada hal kecemasan di dalam keluarga anda. Jangan mudah terpedaya, kalau ada telefon, telepon ibu atau bapa untuk pastikan perkara tersebut. Kalau di sekolah, bagi tau guru-guru di sana.
  • Bekalkan anak anda dengan safety tools seperti dibawah.


  • Ajar anak-anak anda seni mempertahankan diri. Tak salah kalau nak belajar bebende sebegini untuk keselematan kan?
  • Pantau anak anda paling penting dan dun let them to go out and play alone dekat yard depan.
Ini sahaja la yang ada, tapi kami sure banyak lagi tips-tips yang ada kan. Sukar nak jangka masalah penculikan ini. Sebab sehebat mana kita jaga,tetap juga berlaku.

Kanak-kanak Ada Hak Perlindungan, Kehidupan

Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (PaMa) adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang bertujuan untuk memperjuangkan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan kanak-kanak dan remaja di Malaysia. 

Terlebih dahulu PaMa mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga keluarga Nurul Nadhirah Abdullah diatas kehilangan penuh tragis anakanda tercinta yang ditemui mati dibunuh dan dibakar sebegitu kejam pada 12 Mac 2012 lalu. PaMa dapat merasakan seluruh masyarakat Malaysia begitu sedih diatas kejadian ini dan mendoakan kes ini dapat diselesaikan oleh pihak PDRM. Sehubungan dengan itu, PaMa berhasrat untuk memaklumkan kepada media tentang pentingnya kesedaran masyarakat terhadap keselamatan anak-anak diterapkan dalam setiap jiwa warganegara Malaysia.

Masih ingatkah kita dengan tragedi yang menimpa Nurin Jazmin Jazlin (8 tahun) dan Sharlinie (5 tahun)? Di sebalik kes kehilangan Nurin dan Sharlinie, terdapat beberapa tragedi yang lain yang telah terpahat begitu pahit dalam dunia kanak-kanak Malaysia bertahun lamanya. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa kes kanak-kanak hilang pasti berlaku setiap tahun.

Mengikut statistik oleh pihak PDRM sehingga Oktober 2011, sebanyak 17,088 kes kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah dilaporkan hilang semenjak tahun 1985. Apabila laporan kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama, harapan kita semua adalah agar kes kehilangan kanak-kanak ini berakhir dengan berita gembira dengan penemuan semula kanak-kanak tersebut seperti yang terjadi di dalam kes Wan Hazim Mohd Khadir (7 tahun) baru-baru ini dan Yin (8 tahun) yang hilang pada 31 Mac 2007.


Secara amnya, di Malaysia kes kanak-kanak hilang diklasifikasikan kepada tiga (3) kategori iaitu:

1. Hilang akibat lari dari jagaan/rumah

2. Diculik (Jenayah pemerdagangan manusia)

3. Sesat di tempat awam

Masalah ini tidak hanya menjadi igauan di Malaysia malah di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, National Incidence Studies of Missing, Abducted, Runaway, and Thrownaway Children (NISMART) telah melaporkan lebih 1 juta kanak-kanak telah hilang pada tahun 2005. Walaupun begitu hanya 100 kes dilaporkan hilang disebabkan oleh penculikan. Dalam kebanyakan kes-kes di USA pemangsa pencabulan kanak-kanak dikatakan merancang penculikan beberapa hari, minggu atau kadangkala sehingga beberapa bulan lamanya sebelum melarikan kanak-kanak tersebut. Malah dilaporkan “Seorang kanak-kanak hilang di Amerika Syarikat pada setiap 26 saat”. Ini begitu menggerunkan apabila kita fikirkan “Adakah anak-anak kita selamat pada 26 saat berikutnya?”

Pernahkah anda terfikir, andai kata anak anda hilang, apakah tindakan penting yang perlu anda lakukan selain daripada menghubungi polis, minta bantuan media dan sebagainya? Adakah anda bersedia menghadapi situasi kehilangan anak? Kebanyakan ibu bapa akan menjadi panik dan sedih, dan menyerahkan segalanya pada pihak berkuasa. Ibu bapa di Malaysia sepatutnya lebih prihatin dengan isu kanak-kanak hilang dan tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Ibu bapa perlu bersiap-sedia sebelum apa-apa terjadi. Bukan kita mengharapkan perkara buruk akan berlaku terhadap anak kita, tetapi sebagai persediaan.

Apa yang perlu ibu bapa lakukan sebelum sesuatu terjadi adalah:


1. Menyimpan rekod peribadi

Ibubapa perlu mempunyai rekod peribadi kanak-kanak tersebut sepanjang masa, ianya perlu dikemaskinikan setiap 6 bulan dan disimpan dengan baik dan mudah diambil. Dengan mengenal pasti tanda-tanda di badan anak seperti tahi lalat, parut atau tanda lahir. Lukis gambarajah badan manusia dan tandakan setiap tanda yang terdapat di badan anak anda pada gambarajah tersebut dengan tepat.

Rekod-rekod DNA amat mudah disimpan, simpanlah sumber maklumat DNA anak anda seperti cap jari dan rambut. Ini akan mempercepatkan proses pengenalan identiti andai kata jasad anak anda ditemui.

Kita mungkin lupa dengan sesetengah tanda pada badan anak. Apatah lagi dalam keadaan sedih dan panik, amat sukar untuk kita mengingati tanda-tanda pada badan anak. Tanda badan adalah antara sesuatu yang penting bagi proses mengenal pasti identiti seseorang.

Ibubapa boleh mendapatkan “Pongo’s Safe Kid ID Kit” melalui PaMa di mana kit ini boleh membantu ibubapa merekodkan data peribadi anak-anak anda dengan lebih berkesan.

2. Peka dengan apa yang dipakai oleh anak-anak

Sentiasa peka dengan apa yang dipakai oleh anak terutama sekali sewaktu ke tempat yang sesak seperti pasaraya, ekspo atau pasar. Perhatikan aksesori yang terlekat di badan, jenis dan warna pakaian, jam tangan dan sebagainya. Jika anda seorang yang pelupa, mungkin adalah baiknya anda mencatat apa yang dipakai oleh anak.

3. Memakai tanda pengenalan/gelang keselamatan

Acap kali kita dihebahkan dengan kanak-kanak hilang dipasaraya besar sewaktu membeli belah. Kanak-kanak yang tersesat di tempat awam ini boleh dibantu dengan memakaikan tanda keselamatan atau gelang keselamatan yang mempunyai nombor telefon bagi memudahkan penjaga dihubungi sekiranya ianya berlaku.

Ketiga-tiga tindakan tersebut adalah penting bagi ibu bapa di Malaysia hari ini. Bukan kerana paranoid, tetapi sebagai langkah persediaan yang bijak.

Penambahbaikan NUR ALERT perlu dilakukan memandangkan semenjak dilancarkan pada Januari 2011 lalu, masih belum ada tindakan/gerakan yang wajar dilakukan bagi mengesan dan mencari kanak-kanak yang hilang dilakukan serta-merta di seluruh negara sebaik sahaja laporan diterima dan bagi membolehkan maklumat kehilangan kanak-kanak tersebut dihebahkan ke seluruh negara melalui pelbagai medium.

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memperkemaskan program 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) dan Kelab Pencegahan Jenayah sekolah bagi mendidik para pelajar mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri mereka.

Anak-anak perlu dididik berkenaan dengan aspek keselamatan di tempat awam. 26 minit yang pertama adalah masa yang amat kritikal bagi kita semua sekiranya berlaku kes kanak-kanak hilang. Ini kerana dalam 26 minit kanak-kanak tersebut mungkin akan hilang di dalam jangkauan setempat dan mungkin akan berada jauh dari lokasi awal kehilangannya. Maka dengan itu ibubapa perlu bertindak pantas dalam masa 26 minit tersebut dengan menyimpan rekod seperti yang dinyatakan tadi. Memang, malang memang tidak berbau .. tetapi kita mungkin boleh lebih berwaspada.

Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (PaMa) telah dan sedang merangka beberapa program yang sesuai bagi membantu masyarakat menyemai sikap kewaspadaan bagi mendidik kanak-kanak di Malaysia. PaMa akan berkerjasama dengan Persatuan Megat Terawis dan persatuan-persatuan lain bagi membantu pihak kami melaksanakan program yang bermanfaat ini. Harapan kami agar kejadian jenayah terhadap kanak-kanak dapat dihapuskan. Kanak-kanak mempunyai hak, PERLINDUNGAN DAN KEHIDUPAN adalah antara hak mereka yang tidak dapat dinafikan.

Budak Diculik Di Mont’ Kiara International School Kuala Lumpur- Nayati Shamelin Moodliar

Update 28 April 2012 Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda hilang secara misteri selepas dilarikan dua lelaki menaiki Proton Gen 2 di hadapan sekolahnya di Bukit Kiara, semalam.
Malah sehingga kini, ibu bapa kanak-kanak berkenaan belum menerima panggilan daripada lelaki yang melarikan anaknya itu bagi tujuan meminta wang tebusan. Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru keluar dari kawasan perumahannya yang terletak kira-kira 50 meter dari sekolahnya. Bapa mangsa, Shamelin Moodliar, 42, berkata, sebelum kejadian, dia menyiapkan anak tunggalnya itu untuk ke sekolah. Katanya, sebaik anaknya keluar, dia menerima panggilan daripada guru besar sekolah anaknya itu yang memaklumkan anaknya yang berbaju T putih dan seluar pendek hijau dilarikan dua individu tidak dikenali dengan menaiki kereta berwarna hitam yang dipercayai menunggu di lokasi berkenaan sejak awal pagi. “Saya difahamkan ketika kejadian, anak saya baru tiba di persimpangan Jalan Kiara sebelum didatangi dua lelaki berkulit gelap yang menariknya masuk ke dalam kereta dan melarikan diri ke arah ibu kota. “Kejadian berkenaan disaksikan orang ramai yang kemudian menghubungi pihak sekolah dan kami juga sudah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium berdekatan yang berjaya merakam kejadian itu ketika membuat laporan polis,” katanya, semalam. Beliau yang bekerja sebagai perunding kanan sebuah firma pengurusan itu berkata, sehingga kini dia tidak dihubungi kumpulan penculik itu malah menafikan mempunyai musuh perniagaan kerana baru lapan bulan keluarganya tiba di Malaysia. Menurutnya, kejadian berkenaan nyata sudah dirancang rapi berikutan pengawal keselamatan nampak kereta yang dinaiki penculik itu diletakkan dalam arah bertentangan di Jalan Kiara 1 bagi memudahkan mereka melarikan diri. “Saya tidak tahu sebab anak saya menjadi pilihan mereka, malah saya tidak pernah berselisih faham mahupun bergaduh dengan sesiapa sejak tiba di negara ini. “Kami merayu kepada kumpulan penculik itu agar mengembalikan anak kami mahupun menghubungi kami jika memerlukan wang untuk membebaskannya,” katanya yang hadir bersama isterinya, Janice Smith, 40. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada keluarga mangsa dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang di bawah penjagaan yang sah. Se

Wednesday, 11 April 2012

Kes Penderaan Seksual Kanak-kanak : Nurin Jazmin Jazlin



Pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin adalah pembunuhan kejam yang berlaku ke atas Nurin Jazlin Jazimin yang dijumpai oleh pemilik lot kedai di 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya. Pada mulanya beliau dilaporkan hilang selepas beliau pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri pada 20 Ogos 2007 lalu.

Beliau dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuklah NGO.

Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering" selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

Ramai individu menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh Nurin. Di antara individu-individu yang menawarkan ganjaran termasuklah Tan Sri Robert Pang, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) sebanyak RM5000, MCA sebanyak RM10000 dan beberapa individu yang enggan dikenali menawarkan sebanyak RM5000

Menurut ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dari Utusan, terdapat beberapa kes yang serupa seperti kes Nurin. Antaranya adalah:

Ang May Hong (1987)
Nursyuhada Burak (2000)
Nurul Huda Abdul Ghani (2004)

Kes penculikan kanak-kanak terbaru ; Nurul Nadhirah.....'Dirang' mangsa dendam manusia durjana!!!



Pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah yang mayatnya dibakar selepas dibunuh di sebuah rumah terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini Isnin lalu seolah-olah menjadi ‘kunci’ untuk ibunya mengingati beberapa kejadian yang menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu.

Roselyn Alan, 25, memberitahu, dia baru teringat salah seorang daripada tiga suspek yang pernah bertengkar dengan ibunya, Milnah Jul, 52, mengeluarkan ugutan selepas ditegur mengenai kegiatannya mencuri kabel elektrik.

Katanya, suspek giat mencuri kabel sejak mendiami rumah kosong yang terletak berhadapan dengan rumahnya di tingkat empat Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

“Saya pernah dengar suspek mengugut ibu berbunyi: ‘Siaplah engkau, ingat aku takut nak berperang’.

“Tak sangka pula mereka benar-benar maksudkannya dengan menculik dan membunuh Dirang (panggilan manja Nurul Nadirah),” rintih Roselyn yang masih bersedih.

Tambahnya, hatinya bertambah terkilan apabila Nurul Nadirah, 5, muncul dalam mimpinya malam semalam dan memberitahunya yang dia sudah okay sebelum memeluk dan menciumnya. Ketika itu Dirang muncul memakai seluar biru tanpa berbaju.

“Dalam mimpi itu, dia tanya emak cari saya? Saya kata ya... kenapa kau tidak balik dan dia kata dia sudah okay sebelum berlalu pergi,” cerita Roselyn.

Tuesday, 10 April 2012

Kanak-kanak ada hak perlindungan, kehidupan


Pertubuhan Keselamatan Anak-Anak Malaysia (PaMa) adalah sebuah pertubuhan berdaftar yang bertujuan untuk memperjuangkan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan kanak-kanak dan remaja di Malaysia. Masih ingatkah kita dengan tragedi yang menimpa:

Nurin Jazmin Jazlin (8 tahun)


Sharlinie (5 tahun)

Nurul Nadhirah (Dirang)
yang dijumpai dibakar oleh penjenayah yang tidak berhati perut. Di sebalik kes kehilangan mereka, terdapat beberapa tragedi yang lain yang telah terpahat begitu pahit dalam dunia kanak-kanak Malaysia bertahun lamanya. Malah tidak keterlaluan dikatakan bahawa kes kanak-kanak hilang pasti berlaku setiap tahun.
Mengikut statistik oleh pihak PDRM sehingga Oktober 2011, sebanyak 17,088 kes kanak-kanak berumur 16 tahun kebawah dilaporkan hilang semenjak tahun 1985. Apabila laporan kehilangan kanak-kanak menjadi berita utama, harapan kita semua adalah agar kes kehilangan kanak-kanak ini berakhir dengan berita gembira dengan penemuan semula kanak-kanak tersebut seperti yang terjadi di dalam kes Wan Hazim Mohd Khadir (7 tahun) baru-baru ini dan Yin (8 tahun) yang hilang pada 31 Mac 2007.

Namun tidak semua akan berakhir dengan berita gembira. oleh itu masyarakat harus lebih berwaspada bagi mengangani isu ini. Kita perlu sedar bahawa kanak-kanak perlu diberi perlindungan yang sewajarnya.